Wednesday, February 10, 2010

Kesunyian Yang Hanya Melekakan

Hidup yang penuh dengan gundah gulana, pelbagai masalah yang menimpa, pelbagai dugaan yang mendatang... hidup kita tidak akan lari dari kesunyian yang menyelubungi hati. Adakalanya muka kita tersenyum tp luahan perasaan kita yang membuak-buak dalam hati kita hanya Allah yang Esa saja yang tahu. Kesunyian yang melanda jiwa kita hanyalah tiupan bisikan syaitan yang inginkan kita futur tanpa kita merasai kita ini sedang futur. Tanpa kebersamaan dengan orang yang sedar di kalangan kita maka dan sesunghnya kita akan semakin futur dan akhirnya akan menimbulkan penyakit wahan dalam hati. Setelah timbulnya penyakit wahan maka susah kita ignin beribadat dengan Allah dan kita mula melupakan diri kita yang hina ini di sisi Allah SWT.

Begitulah yang akan berlaku seandainya kita cuba menjauhkan diri daripada Allah dan mulai melupkan Allah. Apabila kita sudah menjauhkan diri daripada Allah, tarikan iman akan semakin lemah, langkah iman pula semakin lemah dan TARIKAN syaitan akan mula menerajui perjalanan hidup kita yang penuh dengan nafsu serakah.Kesunyian yang kita rasakan pada diri kita janganlah dislah tafsirkan, dan jadikan berjumpa dan menghadap dengan Allah sebagai tempat kita luahkan rasa rindu kita supaya kita sentiasa berada dalam sistem yang Allah telah tunjukkan kepada kita.

No comments:

Post a Comment